Kata-kata Aluan

Selamat Datang kepada semua...

Kami amat mengalu-alukan lawatan daripada anda semua ke blog sekolah ini buat pertama kalinya dilancarkan bagi sama-sama memajukan dunia pendidikan terutama sekali dalam bidang IT yang pada masa kini kian maju.

5.2.09

Sejarah

.
0 comments

Sejarah Pembangunan
Pada tahun 1961 telah bermula penubuhan sebuah sekolah yang dinamakan dengan sekolah Lumadan. Pembelajaran bermula disebuah pasar tamu di bawah jagaan dan pentadbiran oleh penguasa ladang kebun getah yang lebih dikenali sebagai estet.

Penubuhan sekolah Lumadan ini telah diilhamkan oleh Mr Black Well, beliau adalah salah seorang penguasa teratas (pentadbir) di ladang kebun getah tersebut. Menurut pendapatnya sekolah tersebut dibuka adalah untuk mengajar anak-anak pekerja ladang dan setelah tamat persekolahan, mereka yang berkebolehan akan diambil bekerja di ladang getah.

Syarat yang diperlukan untuk pengambilan seseorang pelajar di sekolah itu ialah, ibu atau bapa mereka bekerja di ladang getah tempat sekolah itu dibangunkan. Namun begitu, anak-anak orang kampung yang tinggal di sekitar ladang dan kampung juga dibenarkan memasuki sekolah ini. Seterusnya, syarat lain yang dikenakan ialah bayaran yuran bulanan sebanyak RM2 setiap seorang pelajar.

Setelah hampir dua bulan sekolah ini beroperasi, orang yang bertanggungjawab dalam penubuhannya iaitu Mr Black Well terpaksa pulang semula ke negaranya kerana tempoh perkhidmatannya sebagai penguasa ladang telah tamat. Walau bagaimanapun kehilangan Mr Black Well telah digantikan oleh Mr Mal Berry.

Selepas hanya beberapa hari Mr Mal Berry berada di sekolah ini, beliau merasakan kurang sesuai pembelajaran sekolah Lumadan diadakan di kawasan Pasar Tamu. Oleh itu, beliau telah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran sekolah lumadan di sebuah panggung wayang.

Setelah pembelajaran sekolah lumadan berpindah ke panggung wayang, banyak perubahan telah berlaku. Antara perubahan tersebut ialah memasukkan sekolah tersebut di bawah Jabatan Pelajaran Sabah. Di sinilah bermulanya detik perubahan demi perubahan melanda sekolah lumadan sehingga menjadi sebuah sekolah yang mempunyai organisasi sendiri yang diketuai oleh guru besar.

Selepas dua tahun sekolah lumadan menjalankan sesi pembelajaran di panggung wayang, Mr Mal Berry telah mencari satu kawasan yang sesuai untuk didirikan sebuah bangunan sekolah yang dibantu sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Untuk memudahkan anak-anak pekerja ladang bersekolah, Mr Mal Berry mengambil keputusan untuk membangunkan sekolah lumadan berhampiran dengan ladang tersebut. Memandangkan tidak ada kawasan yang berdekatan, beliau telah mendermekan tanahnya seluas 4.20 ekar untuk membangunkan sekolah kerajaan.

Dengan keluasan tanah 4.20 ekar inilah tertubuhnya sebuah sekolah yang dinamakan sebagai sekolah kebangsaan Ladang Lumadan. Pada peringkat awal ini, SK Ladang Lumadan hanya mempunyai 4 buah kelas dan sebuah bilik guru beserta dengan sebuah rumah guru yang boleh menempatkan dua buah keluarga.

Pada tahun 1978 sebuah bangunan sekolah yang baru telah dibina. Bangunan ini mempunyai 3 bilik belajar dan sebuah bilik guru. Dengan tertubuhnya bangunan baru ini, sebuah daripada bangunan yang lama telah dirobohkan termasuk juga rumah guru.

Pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan baru telah dibina beserta dengan dua buah rumah guru. Bangunan yang baru ini telah digunakan untuk penubuhan pusat sumber dan kelas tahun enam.

Memandangkan jumlah murid di sekolah ini semakin meningkat setiap tahun, pihak kerajaan khususnya Jabatan pelajaran Sabah telah menubuhkan satu bangunan baru sekitar tahun 1985 yang dinamakan sebagai projek kilat. Bnagunan yang baru ini digunakan sebagai kelas tahun lima, kelas perdagangan dan stor sekolah.

Semenjak penubuhan sekolah ini sebagai SK Ladang Lumadan, beberapa orang guru besar pernah menjadi pentadbir di sekolah ini, mereka ialah:

1.Encik Sani Nali.

2.Encik Awang Besar Marali.

3.Encik Awang Piut Matumar.

4.Encik M.Y Masri Mohd Yassin.

5.Tuan Haji Awang Baba Mohd Yassin

6.Encik Omar Bin Abd Rahman

7.Encik Awang Asal Muhamad.

8.Encik Zahlan Bin Haji Abd Rahman.

9.Encik Mohamad Bin Patra.

10.Encik Mohd Yusoff Bin Minin.


Sosio ekonomi penduduk

Kebanyakan ibubapa murid di sekolah ini adalah bekerja sendiri seperti buruh kasar, bertani, peniaga kecil dan ada juga yang bekerja di Rancangan Ladang Kelapa Sawit. Hanya sebahagian kecil sahaj yang bekerja sebagai kakitangan Kerajaan.

Merujuk kepada sukukaum atau bangsa yang tinggal di sekitar sekolah ini, golongan majoriti ialah mereka yang berbangsa jawa dan berasal dari Indonesia. Mereka datang ke Sabah semasa pemerintahan tentera Jepun lagi. Mereka dibawa ke Sabah atas dasar untuk bekerja dan setelah mempunyai pendapatan yang mencukupi barulah mereka akan kembali ke tanahair mereka. Tidak berapa lama mereka tinggal di Sabah, dengan tidak disangka-sangka kerajaan British telah datang melenyapkan pemerintahan Jepun di Sabah. Atas sebab pemerintahan telah bertukar tangan, masyarakat Jawa yang di bawa ke Sabah ini tidak dapat pulang semula ke Indonesia dan mereka terus menetap di Sabah.


Lokasi
Sekolah ini terletak di tangah perjalanan dari pekan Beaufort ke pekan Weston. Jarak antara sekolah ini dari pekan Beaufort ialah 16km. Jalanraya yang menghubungkan sekolah ini dengan pekan Beaufort adalah dalam keadaan baik dan selamat.
Sekolah ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit yang dibawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah. Walaupun sekolah ini berada di sekitar ladang kelapa sawit, namun ianya bukan di bawah pentadbiran mereka kerana sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

readmore »»

5.1.09

Staf Akademik

.
0 comments

  1. Pn. Dg. Kasmah Mohd. Jailani (Guru Besar)
  2. (Penolong Kanan I)
  3. (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/HEM)
  4. (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
  5. (Penyelaras Panatia)
  6. (Guru Penolong/Pendidikan Islam)
  7. (Guru Penolong/Bahasa Melayu)
  8. (Guru Penolong)
  9. (Guru Penolong)
  10. (Guru Penolong)
  11. (Guru Penolong)
  12. (Guru Penolong)
  13. (Guru Penolong)
  14. (Guru Penolong)
  15. (Guru Penolong)
  16. (Guru Penolong)
  17. (Guru Penolong)
  18. (Guru Penolong)
  19. (Guru Penolong)
  20. (Guru Penolong)
  21. (Guru Penolong)
  22. (Guru Penolong)
  23. (Guru Penolong)

readmore »»

Staf Sokongan

.
0 comments

  1. (Pembantu Tadbir)
  2. (Pembantu Am Rendah)
  3. (Pekerja Am Rendah)

readmore »»

Hubungi Kami

.
0 comments

SK LADANG LUMADAN
ALAMAT : PETI SURAT 394, 89808 BEAUFORT
TELEFON : 087-224142

readmore »»
  • JPN Sabah
  • KPM
  • EduwebTV
  • NUTP
 

Followers